Friday, October 29, 2010

Perjalanan

Tidak ada percakapan atau persembangan yang jitu telah ku lakukan sejak pagi tadi. Perjalanan seorang diri ini terlalu sepi untuk diriku. Tiada gelak tawa rakan rakan yang menemani,atau sahabat bertanyakan perihal ku.

Telah ku bingkiskan perjalanan ku kepada seseorang,namun tidak mendapat jawapan balik. Mungkin aku hanya bermimpi,kerana dia mungkin tidak ingin tahu pun tentang perihal ku ini.

Ketika jam menunjukkan tanggal 9pm, aku sudah tidak berkata kata selama lebih 8jam. Dengan siapakah aku hendak bercakap. Ini lah yang membuatkan hati ini menjadi semakin keras dan berdalih untuk mencari si dia.
Barangkali lebih baik pulang ke kamar, dan mimpikan kenangan lama yang indah. Sekurang kurangnya akan terukir juga senyuman,walaupun ianya bukan realiti.

Aku semakin kehilangan diriku sendiri


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Tuesday, October 26, 2010

Bukan Mudah Mencari Cinta

Bukan mudah untuk mencari cinta... Bukan mudah juga untuk mencapai cinta yang hakiki. Yang pastinya, cinta itu tidak boleh dipaksa datanag mahupun pergi.

Tergerak hati ini untuk membuka warkah berhabuk ini. Catatan lama yang dicoret, ternyata datang dari perasaan yang marah dan kecewa. Penulisan seringkali tidak akan menjadi jitu bila jiwa didalangi anasir anasir yang tidak positif.

Apakah yang ingin ku sampaikan kali ini? aku tidak pasti. Jari jemari ini tidak boleh tidur seperti organ organ lain pada malam yang hening ini. Apabila insan lain sedang asyik beradu di kamar tidur, aku masih lagi tidak boleh melelapkan mata.

Ketika laman Google ku layari, aku memetik perkataan tujuh hari mencari cinta di sudut pencarian. Dapat ku lihat sebenarnya bahawa ramai yang benar benar mencari si dia untuk aku. Aku tahu suatu ketika ramai yang datang untuk membantu, namun pada malam ini hatiku terdetik. Apakah kita yang mencari si dia ini sebenarnya insan insan buta yang dahagakan cinta? Atau adakah kita tergolong daripada khalifah di bumi ini yang masih mempercayai satu cinta ikhlas dan konservatif?

Lalu aku tersenyum. Sesungguhnya aku merupakan seorang hamba Allah yang tidak mampu untuk hidup kesunyian. Aku juga adalah insan lemah yang mempercayai cinta akan melahirkan kesan positif kepada individu yang bercinta keranaNya. Di dalam pencarian ini, aku dapat lihat bahawa masih ramai yang seantero denganku. kita masih mempercayai dengan kuasa CINTA.

Pada malam tadi aku terasa amat kosong di dalam hidup. Ketika menunggu sahabat sejati ku berurusan di bank, aku duduk di tepian longkang sambil memerhatikan kesibukan jalan besar berhampiran. terdetik di lubuk pemikiranku;

"Bila kita sibuk mengejar kualiti hidup yang diinginkan, kita tidak sedar bahawa diri ini semakin tersisih dari Cinta. Tidak ada gunanya kita memiliki apa yang terbaik di dunia ini, bila hati dan jiwa kita tidak dikongsikan bersama satu insan yang dipanggil Sayang"
Sesungguhnya bagi mereka yang terlalu sibuk mengejar kualiti hidup yang sempurna, ambillah satu langkah ke belakang. Sedarlah bahawa sudah tiba masanya untuk kita berkongsi apa yang dimiliki bersama insan yang dikasihi.

Namun di dalam mendapatkan cinta abadi, janganlah kita gopoh dan teruja pada peringkat awal. Bertindaklah mengikut naluri yang tenang, jangan biarkan nafsu dan perasaan menguasai gerak langkah seterusnya.Andai hati tidak pasti, Istikarah kepadaNya, keran aku pasti jawapan dari yang Esa adalah yang terbaik untuk semua... Insyallah. 

Ingatlah pesanku kepada kamu;

"Satu hari yang ditunggu masih belum tiba,
Satu hari yang berlalu pasti tidak akan kembali,
Namu,
Satu hari yang indah pasti akan hadir andai kita sabar menantikan kedatangannya denga ikhlas dan tawaduk"

Thursday, October 14, 2010

Sekian lama ku tinggalkan, kini warkah ku kembali

Lama tidak ku jenguk warkah yang usang ini. Banyak pengalaman,suka duka dan peristiwa telah dilalui. Perihal diriku juga semakin berubah,sejajar dengan peredaran semasa.

Maaf andai ada yang tersinggung dengan penyepian ini. Maaf juga andai anda yang berjaya menghubungi aku,dan aku bukanlah seperti putera yang diharapkan. Kenyataannya,aku sememangnya begini. Aku sememangnya seorang manusia yang terperangkap I dalam rona kekusutan dalaman.

Si dia sudah lama telah ku lupakan. Tiada lagi harapan segunung Kinabalu untuk bertemu. Bagiku, pencarian ini satu metamorphosis di dalam hidup. Aku sebenarnya berselindung di sebalik sebuah pencarian gadis yang ayu. Yang sebenar benarnya,aku hanyalah mencari sebuah kehidupan yang indah,seindah si dia di malam itu.

Seperti pencarian si dia,pencarian hidupku juga tidak menemukan sesuatu yang indah. Saban hari aku bangun dari tidur, aku bingkas siap untuk mencari sesuap nasi. Kerja ku memaksa diriku untuk berada di kamar pejabat sehingga lewat. Seringkali jua aku keluar dari sarang lubuk ku untuk bekerja di daerah yang lain. Namun, jiwa ini tetap kosong,sekosong kotak rokok kosong yang dicampak di tepi jalan. Hujan atau panas,aku masih tetap di takuk yang sama.

Andai ini bukan kesudahan yang ditagih, aku jujur mengatakan yang aku tidak ada kudrat untuk melayani permintaan itu.

Sesungguhnya penyepian aku ini adalah sesepi hati dan jiwaku yang kosong.



Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Test

This is a test..
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.