Saturday, August 21, 2010

Perutusan Seterusnya

Hye ....,
It is such an honoured n im glad to know that u have interest in knowing more facts about me.
and at the same time, i believe u understand how privacy is such a vital consideration nowadays..

but if u dont mind, u can share the issues to ............. as for further negotiation n clarification.

Thanks again for your kind way of having permission.
Nice to know u, n have a blessed day after. May Allah Luvs u.

Regards,
...................


________________________________________________________________

Salam Cik .........,
It is not my intention to scare you away. Let me be frank, there is this issue that has been circling the net for the past months.

Have you heard of 7 Hari Mencari Cinta?

http://www.tujuhharimencaricinta.blogspot.com/

There is this blog in searching of a girl. As the reader, I came across your fb from frens around. We could not help but wonder on the similarity of u n the girl in the blog. Can u please clarify whether u r the girl? It is just yes or no. Shall we need more clarifications, only then we will clarify with .....

Let us know the answer ya. The author would love to get a closure to his writing.

Thank you.


________________________________________________________________

Salam..
owh owkey...i juz read this issue yesterday..
but,honestly that girl in the pic is not me...

maybe we look similar..but we are different person..
sory,if my answer dissapointed u and ur fren...

Regards,
...................................


________________________________________________________________

Wassalam,
Maaf lambat reply, drove back from work. So cik .... mmg dah tahu mengenai blog itu? And cik .... confirm yang itu bukan anda?

Heh, maka pencarian haruslah diteruskan lagi. Terima kasih kerana sudi reply request saya ini. I wish u all e best, n semoga sampai jodoh bersama .... :)

Ikhlas,
7HMC


________________________________________________________________

it's ok...
sya bru tau smalam...agak terkjut gak,tetiba org msg sya tnya psal blog tu..
im really2 sure,dats not me..
sya doakn pencarian ni akn berjya ya..


________________________________________________________________

Maka, terjawablah sudah perihal gadis itu. Aku ingin meminta maaf andai pencarian ini telah mencetuskan isu kepada pasangan di atas. Bukan niat ku untuk menimbulkan kontrversi. Semoga kalian semua berbahagia dan menemui jodoh yang diharapkan.. Insyallah.

Terima kasih kepada saudara blogger yang telah memberikan petunjuk itu. Ingin aku nyatakan nama anda di sini, namun aku tidak pasti implikasi yang bakal menjelma andai terbit link itu. Anda tahu siapa diri anda.. :)

Friday, August 20, 2010

Perutusan Pertama


Isnin,

Aku dikejutkan dengan seorang rakan blogger yang menemui petunjuk terhadap pencarian si dia. Katanya, rakan beliau telah menemui seorang gadis yang menyerupai si dia. Aku bingkas berutus emel untuk mengetahui dengan lebih terperinci. Sekeping gambar telah diberikan kepada ku. Untuk kesejahteraan semua pihak, gambar gadis yang dimaksudkan itu tidak dapat ku letakkan sepenuhnya. Cukup sekadar seperti diberikan di bawah

Sekali ku terpandang, terus aku terbangun dari mejaku. Adakah si dia benar benar telah dijumpai? Lantas ku amati lebih terperinci gambar yang diberikan. Aku bingung. Apakah tindakan selanjutnya yang harus aku lakukan? Jauh di lubuk hati ini, terdetik satu rasa yang sememangnya aku percayai sejak azali lagi.

Aku ajukan gambar ini kepada rakan sekerjaku, seorang ibu muda beranak 3. Dengan pantas, beliau menjawab,

"Itu bukan dia"

Aku kaget? Pastikah rakan ku itu tentang jawapan beliau? Ketika semua sesi pencarian ini dilakukan, jam sudah hampir menunjukkan waktu iftar. Jalan keluar dari pejabat masih tidak menunjukkan tanda tanda surut kesesakan.

Sepanjang perjalanan pulang, aku memikirkan tentang langkah langkah seterusnya.
Bingung seketika tentang semua ini. Lantas, aku nekad..

Salam .......,
Hi, I would like to know a little bit more about you, due to some reasons that will be revealed later.


There are few happenings past weeks that might surround you, maybe without you realizing it. hence, let us clarify on the matter as per said.


Let me know if you agree to virtually have a communication on resolve this issue.


Thank you Cik ....., your kind cooperation is appreciated.


Regards,

Aku


Perutusan pertama antara aku dan gadis itu telah bermula.

Tuesday, August 17, 2010

Mungkin Ya.. Mungkin Tidak

Terjagaku dari lena yang tidak seberapa, kesan dari deringan telefon dari antagonist yang kian lama kian menyepikan diri. Perbualan ringkas kami banyak berkisarkan tentang ceritera diri sendiri. Aku memperihalkan tentang diriku berkenaan dengan blog ini. Bingung beliau apabila ceritera diriku banyak mencerminkan unsur unsur ceria dan gembira. Seolah olah beliau kedengaran cemburu dengan nikmat hidup yang dikurniakan kepadaku. Di dalam hatiku ini, dapat ku baca bahawa kehidupan beliau tidak seindah seperti dahulu. Pada suatu ketika, kehidupan kami berdua sungguh indah, seolah olah kami melengkapi sesama sendiri. Namun, itu semua ceritera dahulu, ceritera Paleolitik yang kini kujadikan sejarah. Andai kata ingin dibawa semula ke masa itu, mungkin Ya.. mungkin Tidak.. untuk aku kembali ke zaman itu. Namun itu semua hanya aku sahaja yang mengetahui, dan kerana itulah sejarah hidup harus kita teladankan. Apa yang perlu diketahui, beliau merupakan satu insan yang akan sentiasa diingati sebagai pencorak kehidupan yang menjadikan aku sebagaimana diriku kini.

Catatan kali ini bukanlah untuk memperihalkan tentang beliau. Catatan ini ditulis setelah seharian aku mendapat berita yang agak memberangsangkan terhadap pencarian ini. Mungkin Ya.. mungkin Tidak.. namun ini semua merupakan perkembangan yang harus dilihat positif daripada takuk yang tidak bergerak. Seorang hamba Allah, yang tidak mahu diperkenalkan (lagi) telah datang kepadaku dan memberi satu pembayang terhadap si dia. Setelah lapan emel berbalas, beliau telah memberiku satu maklumat tentang seorang gadis yang mungkin si dia! Siapakah gerangan si dia? Masih belum mampu untuk aku bongkarkan tatkala ini. Masih banyak persoalan yang belum terjawab. Panel Pencaria dan ahli ahli penasihat tidak dapat memutuskan satu jawapan yang muktamad. Mungkin Ya.. beliau adalah si dia, mungkin Tidak.. juga kerana terdapat beberapa ciri ciri yang tidak serasi mengenai beliau.

Andailah gadis yang dimaksudkan sekian lama adalah si dia.. maka aku bersyukur dan redha dengan takdir yang diberikan. Si dia yang disyaki ini merupakan hampir sedekad jauhnya jarak perbezaan umur. Si dia juga merupakan seorang teman hidup kepada Azman yang sememangnya wujud. bibit bibit keakraban mereka juga semakin lama dapat ku amati semakin intim. Jalan yang mereka pilih? Insyallah, persahabatan yang direstui Illahi. Maka kita doa doakanlah kesenangan mereka berdua hinggalah abadi.

Apakah yang akan berlaku selepas ini? Persoalan itu timbul di lubuk pemikiran. Satu langkah yang pasti, di dalam setiap pencarian atau persoalan di dalam hidup kita, KEPASTIAN harus dikecapi. Maka dengan ini, kepastian tentang kebenaran suspek si dia ini akan di cari sehingga menemui jawapan yang mutlak.

Mungkin Ya.. Mungkin Tidak..

Jutaan terima kasih diberikan kepada hamba hamba Allah yang telah memberi penunjuk terhadap pencarian ini.

Monday, August 16, 2010

Surut?

Hampir sebulan nukilan terakhir dicoretkan di atas warkah ini. Sepanjang sepurnama ini, pelbagai kisah suka dan duka telah terlukis di atas lembaran kehidupanku. Sepanjang tempoh ini, banyak benda yang telah aku pelajari dan dijadikan iktibar untuk dijadikan pengalaman.

Nukilan ini ditulis setelah beberapa komentar wujud sepanjang penyepian diri. Untuk apakah harus ditulis lagi? Barangkali hanyalah untuk meluahkan apa yang terbuku setelah sekian lama disimpan di dalam hati.

Pertamanya, terima kasih kepada semua pembaca dan pengkritik blog ini. Setiap kali komen baru muncul, terdetik rasa gembira di lubuk hati ini. Masih ada yang sayang kepada diriku ini lagi ya! Heh, itulah kata kata penyedap hati yang sering diucapkan di dalam hati. Sesungguhnya, aku ini sememangnya seorang insan yang lemah. Namun, dengan semangat yang ditunjuk dan dicurahkan oleh kalian semua, aku mendapat cahaya penyeri di dalam hidupku.

Si dia masih tidak lagi dapat dipertemu. Setiap tempat yang aku lawati, pasti aku akan melihat setiap kelibat yang wujud. Namun, tidak ada satu pun di antara mereka semua merupakan si dia. Rakan rakan juga sering memberi gurauan apabila terdapat gadis ayu di sekeliling. "Bro, tu awek tudung tu, bukan awek blog tu ke? Kalau bukan, apa lagi, tulislah blog lagi pasal dia pulak!"
Maaf, teknik ini hanya akan digunakan untuk si dia sahaja. Tidak mungkin dapat aku buat sebegini lagi terhadap gadis lain. Caraku memang agak gila, namun cara ku ini hanyalah ekslusif untuk si dia! ;)

Sepanjang ini juga, aku mengembara jauh untuk pengalaman. Ramai kenalan baru telah aku kenali, dan ada antara mereka yang aku berpeluang untuk mengenali dengan lebih dalam. Tapi entah mengapa, aku hanya merasakan persahabatan yang dapat diutuskan. Hati ini masih belum dapat dibukakan untuk seseorang untuk dijadikan istimewa. Maaf andai tulisan ini bakal mengecewakan segelintir pihak, namun itulah hakiki buat masa ini. Tidak ada salah dari sudut anda, cuma hatiku ini tidak bersedia dengan gelora itu.

Barangkali jikalau bertemu dengan si dia, perasaan yang sama akan timbul juga. Itulah sebabnya perkenalan penting di dalam memilih teman hidup. Ada yang menyatakan bahawa si dia merupakan cinta pandang pertama, tapi bagi aku, ianya lebih kepada perkenalan pandangan pertama.

Tak Kenal Maka Tak Cinta

Betul kata kata orang tua sebelum kita. Bagaimana harus mencintai andai tidak mengenali terlebih dahulu? Kepada yang sedang mabuk atau bingung dengan permulaan percintaan, kenali teman anda itu dahulu. Sesungguhnya baik buruk dia hanya anda yang dapat menilai sejauh mana toleransi boleh dicapai. Namun awas, jangan sekali pun terdetik untuk merampas beliau daripada orang lain andai mereka masih bersama! Sekali pun status itu dikatakan samar samar, jangan! Untuk kesenangan hidup, pastikan semua itu tertulis dengan begitu jelas dan terang sebelum memulakan perkenalan yang lebih akrab.

Surutkah idea aku untuk mencari si dia? Barangkali.., namun itu tidak bermakna aku berputus asa. Seperti yang dinyatakan, kehidupan normal harus juga dijalankan. Namun, setiap corok dunia yang aku pergi, pasti aku membawa gambar si dia bersama. Dengan izin Illahi, andai jodoh pertemuan dan perkenalan akan terjadi, pasti ianya akan berlaku satu hari nanti. Aku akan menunggu hingga hari itu tiba.. :)