Tuesday, August 17, 2010

Mungkin Ya.. Mungkin Tidak

Terjagaku dari lena yang tidak seberapa, kesan dari deringan telefon dari antagonist yang kian lama kian menyepikan diri. Perbualan ringkas kami banyak berkisarkan tentang ceritera diri sendiri. Aku memperihalkan tentang diriku berkenaan dengan blog ini. Bingung beliau apabila ceritera diriku banyak mencerminkan unsur unsur ceria dan gembira. Seolah olah beliau kedengaran cemburu dengan nikmat hidup yang dikurniakan kepadaku. Di dalam hatiku ini, dapat ku baca bahawa kehidupan beliau tidak seindah seperti dahulu. Pada suatu ketika, kehidupan kami berdua sungguh indah, seolah olah kami melengkapi sesama sendiri. Namun, itu semua ceritera dahulu, ceritera Paleolitik yang kini kujadikan sejarah. Andai kata ingin dibawa semula ke masa itu, mungkin Ya.. mungkin Tidak.. untuk aku kembali ke zaman itu. Namun itu semua hanya aku sahaja yang mengetahui, dan kerana itulah sejarah hidup harus kita teladankan. Apa yang perlu diketahui, beliau merupakan satu insan yang akan sentiasa diingati sebagai pencorak kehidupan yang menjadikan aku sebagaimana diriku kini.

Catatan kali ini bukanlah untuk memperihalkan tentang beliau. Catatan ini ditulis setelah seharian aku mendapat berita yang agak memberangsangkan terhadap pencarian ini. Mungkin Ya.. mungkin Tidak.. namun ini semua merupakan perkembangan yang harus dilihat positif daripada takuk yang tidak bergerak. Seorang hamba Allah, yang tidak mahu diperkenalkan (lagi) telah datang kepadaku dan memberi satu pembayang terhadap si dia. Setelah lapan emel berbalas, beliau telah memberiku satu maklumat tentang seorang gadis yang mungkin si dia! Siapakah gerangan si dia? Masih belum mampu untuk aku bongkarkan tatkala ini. Masih banyak persoalan yang belum terjawab. Panel Pencaria dan ahli ahli penasihat tidak dapat memutuskan satu jawapan yang muktamad. Mungkin Ya.. beliau adalah si dia, mungkin Tidak.. juga kerana terdapat beberapa ciri ciri yang tidak serasi mengenai beliau.

Andailah gadis yang dimaksudkan sekian lama adalah si dia.. maka aku bersyukur dan redha dengan takdir yang diberikan. Si dia yang disyaki ini merupakan hampir sedekad jauhnya jarak perbezaan umur. Si dia juga merupakan seorang teman hidup kepada Azman yang sememangnya wujud. bibit bibit keakraban mereka juga semakin lama dapat ku amati semakin intim. Jalan yang mereka pilih? Insyallah, persahabatan yang direstui Illahi. Maka kita doa doakanlah kesenangan mereka berdua hinggalah abadi.

Apakah yang akan berlaku selepas ini? Persoalan itu timbul di lubuk pemikiran. Satu langkah yang pasti, di dalam setiap pencarian atau persoalan di dalam hidup kita, KEPASTIAN harus dikecapi. Maka dengan ini, kepastian tentang kebenaran suspek si dia ini akan di cari sehingga menemui jawapan yang mutlak.

Mungkin Ya.. Mungkin Tidak..

Jutaan terima kasih diberikan kepada hamba hamba Allah yang telah memberi penunjuk terhadap pencarian ini.

19 comments:

  1. bila dah ada kepastian, nanti khabar2 kan ya :)

    ReplyDelete
  2. umm..konfius jugakk..mybe yws..mybe no..:)

    ReplyDelete
  3. gud luck to u..byk2kn bersbr n berdoa ya..=)

    ReplyDelete
  4. sabar separuh dari iman...sabar ye...
    insyallah aper yang di carii dapat di temui

    ReplyDelete
  5. sy ada petua nak bagi..amalkan membaca doa ini..surah Yusuf : 4.
    Inni roaitu ahada 'asyara kaukaba wassyamsa walqamaro roaituhum lisajidin.
    then, niat dlm hati.
    "Ya Allah,jika jodohku ini jauh,maka dekatkanlah,
    jika jodohku ini sukar,maka permudahkanlah, kurniakanlah kepada jodoh yang solehah..amin.
    amlkan tiap hari..insyaAllah akan mustajab tambah2 di bulan ramadhan ni...

    ReplyDelete
  6. alamak..saya blurrr,,,

    follow trus!

    ReplyDelete
  7. awk jatuh cinta pandang pertama yea???

    ReplyDelete
  8. Chybeee: Dah dapat kepastian.. cuma menunggu masa untuk perkhabaran :)

    Nurulbadiah: hmm... insyallah, isu kali ni dah tak konfius.. clarification has been made..

    eikha: Tq.. kena teruskan berdoa walau pun Allah tahu apa yang kita hajati

    syawal: satu hari yang indah pasti akan hadir jikalau kita sabar menantinya..

    CKin: Terbaik doa tu! dah tampal kt status fb dah.. tq!

    Buih: memanglah dah jumpa.. tapi..? :P

    Alinac: haha.. mmg bengong blog ni..

    Aliesya: tak jatuh cinta.. jatuh hati aje.. kena kenal dulu baru bole jatuh tahap tu.. :)

    ReplyDelete
  9. mungkin ya mungkin tidak..

    takut jugak klu dia mintak berpisah dgn azman utk kamOo..

    tapi saya yakin, jodoh dan pertemuan telah ditentukan oleh Allah.. tertulis di luh mahfuz..

    pertemuan kamOo dgn dia d subang jaya sudah d atur, cuma mungkin bukan jodoh..

    bukan mau patahkan semangat.. hope ada yg terbaik utk kamOo. =)

    ReplyDelete
  10. yup..amalkan..ni ustazah siti norbahyah yang bagi..rugi kalu tak amalkan..hehe

    ReplyDelete
  11. salam ziarah...

    dijemput menjadi follower sy k...

    ReplyDelete
  12. doakan moga terjalin ukhuwah ant kamu dan dia. amin. :)

    ReplyDelete
  13. nice love story.. may i follow this blog.. mb can be a novel!.. :)

    ReplyDelete
  14. salam.
    baru selesai membaca entri kamu dari yang pertama hingga ke hari ni.
    jangan berhenti menulis.

    kerana kamu buat saya tersedar yang ianya silap saya sendiri bila terlepas orang yang saya sangat sayang. ada peluang luas terbentang di depan mata tapi saya sikit pun tidak berani meluahkan perasaan pada orang yang saya sayang.

    sekarang, saya hanya mampu melihat dia bahagia di samping teman istimewanya, dan saya hanya sebagai sahabat.

    terima kasih. kerana kamu, saya sedar.
    yang cinta ini tidak datang tanpa dicari.

    ReplyDelete
  15. cmne...ade any updates n perkembangan terkini tentang pencarian ini...di harapkn agar ade berita terkini...baik mahupn buruk...ceritakn sj..

    ReplyDelete