Hampir sebulan nukilan terakhir dicoretkan di atas warkah ini. Sepanjang sepurnama ini, pelbagai kisah suka dan duka telah terlukis di atas lembaran kehidupanku. Sepanjang tempoh ini, banyak benda yang telah aku pelajari dan dijadikan iktibar untuk dijadikan pengalaman.
Nukilan ini ditulis setelah beberapa komentar wujud sepanjang penyepian diri. Untuk apakah harus ditulis lagi? Barangkali hanyalah untuk meluahkan apa yang terbuku setelah sekian lama disimpan di dalam hati.
Pertamanya, terima kasih kepada semua pembaca dan pengkritik blog ini. Setiap kali komen baru muncul, terdetik rasa gembira di lubuk hati ini. Masih ada yang sayang kepada diriku ini lagi ya! Heh, itulah kata kata penyedap hati yang sering diucapkan di dalam hati. Sesungguhnya, aku ini sememangnya seorang insan yang lemah. Namun, dengan semangat yang ditunjuk dan dicurahkan oleh kalian semua, aku mendapat cahaya penyeri di dalam hidupku.
Si dia masih tidak lagi dapat dipertemu. Setiap tempat yang aku lawati, pasti aku akan melihat setiap kelibat yang wujud. Namun, tidak ada satu pun di antara mereka semua merupakan si dia. Rakan rakan juga sering memberi gurauan apabila terdapat gadis ayu di sekeliling. "Bro, tu awek tudung tu, bukan awek blog tu ke? Kalau bukan, apa lagi, tulislah blog lagi pasal dia pulak!"
Maaf, teknik ini hanya akan digunakan untuk si dia sahaja. Tidak mungkin dapat aku buat sebegini lagi terhadap gadis lain. Caraku memang agak gila, namun cara ku ini hanyalah ekslusif untuk si dia! ;)
Sepanjang ini juga, aku mengembara jauh untuk pengalaman. Ramai kenalan baru telah aku kenali, dan ada antara mereka yang aku berpeluang untuk mengenali dengan lebih dalam. Tapi entah mengapa, aku hanya merasakan persahabatan yang dapat diutuskan. Hati ini masih belum dapat dibukakan untuk seseorang untuk dijadikan istimewa. Maaf andai tulisan ini bakal mengecewakan segelintir pihak, namun itulah hakiki buat masa ini. Tidak ada salah dari sudut anda, cuma hatiku ini tidak bersedia dengan gelora itu.
Barangkali jikalau bertemu dengan si dia, perasaan yang sama akan timbul juga. Itulah sebabnya perkenalan penting di dalam memilih teman hidup. Ada yang menyatakan bahawa si dia merupakan cinta pandang pertama, tapi bagi aku, ianya lebih kepada perkenalan pandangan pertama.
Betul kata kata orang tua sebelum kita. Bagaimana harus mencintai andai tidak mengenali terlebih dahulu? Kepada yang sedang mabuk atau bingung dengan permulaan percintaan, kenali teman anda itu dahulu. Sesungguhnya baik buruk dia hanya anda yang dapat menilai sejauh mana toleransi boleh dicapai. Namun awas, jangan sekali pun terdetik untuk merampas beliau daripada orang lain andai mereka masih bersama! Sekali pun status itu dikatakan samar samar, jangan! Untuk kesenangan hidup, pastikan semua itu tertulis dengan begitu jelas dan terang sebelum memulakan perkenalan yang lebih akrab.
Surutkah idea aku untuk mencari si dia? Barangkali.., namun itu tidak bermakna aku berputus asa. Seperti yang dinyatakan, kehidupan normal harus juga dijalankan. Namun, setiap corok dunia yang aku pergi, pasti aku membawa gambar si dia bersama. Dengan izin Illahi, andai jodoh pertemuan dan perkenalan akan terjadi, pasti ianya akan berlaku satu hari nanti. Aku akan menunggu hingga hari itu tiba.. :)

Tak Kenal Maka Tak Cinta

blog ni sangat sweet... kalau dah jodoh tak kemana, InsyaAllah
ReplyDeleteI hope u'll find her..keep searching ok....
ReplyDeletei do write entry on this... :)
jgn lupa istikharah :-)
ReplyDeletedan biarlah niat itu betul. good luck :-)
maybe u should stop looking for a while.. org ckp, cinta nie kite susah nk jumpe bile dicari.. u'd be surprised that one day u'll bump to her again..
ReplyDeletekalau dah jodoh tak kemana...
ReplyDeleteada sorg makcik umah sewa tu berkata... "kalau ada tu... addaaaalaahhhh..."
ReplyDeletesaya doakan anda bertemu dgn si dia..teruskan dengan pencarian anda!by the way, she looks familiar to me..saya sedang berfikir mungkin kah dikalangan kawan2 saya..
ReplyDeletehehe..soooo sweeet! nanti rina tolong ye! :)
ReplyDeleteStories of Rina
dear...sabar n selalu berdoa k..yang terbaik pasti akan dtg utk kite..folo u btw..i like ur natural beuty:)
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeletekalau masih suka mengapa menyepi. teruskan mencari bro :D
ReplyDeletesalam singgah..
ReplyDeletewah.. tak sangka ada juga blog macam ni yer.. dah macam cite novel pun ada.. apa2 pun bro.. andai ada jodoh tak ke mana.. minta petunjuk padaNya.. pasti DIA akan memberikan jawapan yg terbaik buat kamu... (^__^)