Dua hari aku mengambil masa untuk menulis semula warkah ini. Dua hari juga aku mengambil masa untuk menilai semula segala pergerakan dan perlakuan yang telah digerakkan. Dua hari juga aku mencari kesimpulan tentang langkah langkah seterusnya.
Ketika detik 12am pada hari terakhir, semua gambar profil di Facebook telah mula diturunkan. Kelibat si dia tidak kelihatan di tempat minum detik pertemuan. Barangkali si dia tidak mengetahui akan pencarian yang telah dijalankan. Ataupun mungkin si dia bukanlah gadis tempatan seperti yang disyaki. Akaun Facebook dan telefon aku mula dihujani dengan mesej dan pesanan ringkas bertanyakan keadaan terkini. Ya, aku akur... pencarian ini tidak langsung membuahkan hasil. Malah, gelak tawa dan senyum sinis sudah mula dapat dirasakan dari rakan rakan sekeliling. Perlukah aku marah dan kecewa dengan mereka? Tentu tidak sama sekali. Merekalah yang selama ini menyokong segala tindakan unik dan gila ini. Aku melihatnya hanya dengan penuh kesyukuran. Selama ini aku ikhlas berkawan dengan mereka, jadi aku tahu sokongan mereka adalah ikhlas. Dan senyum sinis itu juga datang tulus dari hati mereka. Tidak ada yang tersirat, hanya kepuasan mentertawakan rakan mereka yang gila ini dengan penuh keikhlasan. Sesungguhnya tidak ada yang lebih bernilai dari kehadiran rakan rakan di sekeliling memberi satu persahabatan yang tulus dan tidak terselindung.
Setibanya aku di kamar tidur, satu persoalan timbul. Apakah yang aku harapkan dari si dia? Adakah aku inginkan beliau datang bergolek terus kepadaku? Adakah cinta yang aku tagihkan? Semua ini mula berputar di kepalaku. Semua ini mula menghasut sanubariku untuk terus beremosi. Ya ampun, sesungguhnya semua yang telah ku nyatakan di atas tidak pernah terlintas di pemikiranku! Semua itu adalah bisikan telinga syaitan yang ingin aku terus murung dan gila oleh pencarian ini.
Dengan itu.. aku memohon keampunan dariNya.. Ingin ku nyatakan di sini harapan aku tentang pertemuan yang dicari..
Apakah harapanku kepadamu?
Adakah satu cinta yang aku tagihkan darimu? Sesungguhnya cinta kepada Illahi lebih penting dari segala cinta yang hadir. Keredhaan dipohon dariNya untuk sebuah pertemuan yang dirahmati. Apa guna pertemuan, bila restu tidak diperkenankan. Maka jika kau tanyakan apa yang aku tagih, maka berkat adalah jawapannya. Tidak lagi ku inginkan sebuah pertemuan yang dimurkai dan diselubungi dengan dosa.
Maka bertemulah kita bila kau sedia untuk ketemu. Datanglah dengan ikhlas kerana keikhlasan itu dapat mewujudkan redha. Bukalah hatimu untuk pertemuan yang diberkati, nescaya pertemuan itu bakal membawa ke jalan yang bercahaya.
Maka datanglah.. dengan rasa ikhlas dan tulus.

wahh..
ReplyDeleteso romantik la
maybe she's too shy tuk make appearance..
anyway,gd luck...(^_^)
salam.
ReplyDeletei am not sure what is the current status or update about this, but as a third party (and also sbg seorang perempuan) saya rs awak buat dia takut kot. hhuhuhuhu.. macam a bit obsess.
but, still i am hoping for the best for you. goodluck! (:
sweet.smoga u guys akan berjumpa.insyaallah.kalo dah jodoh tak kan ke mana
ReplyDeletesalam...
ReplyDeleteBegitu teruja utk mencari gadis tersebut tapi bagaimana dgn dia?? apakah sudah berpunya atau tunang org lain?? apapun teruskan usaha sekurang2nya anda berpuashati
Maaf andai terlambat membalas komen anda, sudah sebulan tidak dijenguk blog ini. Ini semua adalah kerana pencarian ini tidak menemui jawapan seperti yang diharapkan, dan sepanjang itu, kehidupan normal telah diteruskan..
ReplyDeleteIzzah: Romantik atau gila? Yang pentingya, usaha pencarian telah dilakukan. Usaha telah dilakukan, namun hasilnya tidak seperti harapan. Apa yang penting, usaha telah dilakukan. Tanpa pencarian dan blog ini, pertemuan PASTI tidak dapat diperolehi. Optimisnya, memang mungkin si dia malu untuk bersua :)
Nono: thanx for ur comment. Obses? Haha..indeed it looked lie one, but I could only blog about her, as this is where I'm most comfortable. I got freaked out too when I first posted it, but why not do the impossible? I guess, I was trying very hard in attracting her attention in a creative way :)
Tfa: thank you. I'm still gunning for it to happen, but as u said, kalau dh jodoh.. Insyallah akan ketemu
Ozzy: status si dia sehingga kini tidak diketahui. Barangkali sudah berpunya, sebab itu tidak dapat jawapan. Apa pun, betul kata anda, kepuasan telah diperolehi dengan pencarian ini. Jumpa, sampai saat ini masih tidak. Namun,tidak mahu saya menyesal kerana termangu memikirkan tindakan yang TIDAK saya lakukan.
Thanx to all ur comments. The answer is yes, I still hope to meet si dia. I hope we can come to a conclusion to this, so shall u know her, tell her I'm still waiting to meet her. My heart had never stop in believing this could happen
cantiknyer kamo...
ReplyDeletewell.. might help spread the love~ haha.. i am romantic~ semoga kamu ketemu dia. Kalo ketemu, Jangan lupa janji kamu pada Allah ya. Namo buat mukan-mukan tahu~
ReplyDeletesemoga ko dapat jumpa yang dicari2 satu hari nanti.... insyaallah.....
ReplyDeletenurayuni: yang indah itu semua datang dari Tuhan :)
ReplyDeletem.i.a: tq for your effort in keeping this real. Insyallah, kebahagiaan itu datang dariNya, dan keruduman juga boleh dikurniakan bila kita ingkar. Doakan kesejahteraan kita di dunia ini dan dilindungi dari godaan..
.s.o.f.i.a. : Usaha dan terus usaha, kalu nak jadi, maka jadilah kot.. hahaha
insyaallah..kalu ade jodoh..jumpe juga tue..=)..neway mmg la mybe die takut or mybe die suprise!xsangka awak sanggup wat camnie..neway..good luck!wish u all da best!
ReplyDeleteromantik nya..moga2 ketemu jln yg diredoi allah.. klu xbertemu mungkin allah mahu yg lbh baik bt kamoo..may god blees u..amin
ReplyDeleteso sweet!!!
ReplyDeletemoga2 bertemu dgn beliau,,
cik Yana doakn yg tbaik utk kamu :)
so sweet..hehe..all de best k!!
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeletesaya baca sume entry dari awal ....
ReplyDeleteusaha..semua mende perluakan usaha..dan saay bangga kamu punya usaha sekuat ini..
tahniah...
=)
muke awek ni da mcm anita baharom lak aku tgok... iras2 je... comel lak tu...
ReplyDelete