Friday, July 16, 2010

Terima Kasih

Hari ke-5: Pencarian masih lagi kabur. Usaha pencarian dapat dilihat semakin pesat dan semakin agresif.

Sesuatu yang positif, pencarian sudah melangkaui 2nd tier of network. Pencarian dapat dilihat di sekitar Johor Baharu. Diketahui juga, seorang wanita berlegar legar di sekitar menara Telekom menanyakan perihal si dia. Seorang jurugambar sedang mempromosikan blog ini di halaman sosialnya. Pantri di menara KLCC juga tidak terlepas dengan gambar si dia, namun ditarik semula kerana bimbang tindakan itu terlalu drastik.

Kehadiran semua yang menghulurkan bantuan membuatkan pencarian ini semakin kencang. Dalam pencarian, pasti pelbagai kata terungkai di bibir masyarakat. Ada yang mengatakan tindakan ini gila, rakus dan drastik! Tidak kurang juga yang menyatakan ini adalah romantik, sesuatu yang luar biasa dan unik. Malah, ada juga mengambil kesempatan ini untuk turut serta merasai sesuatu yang di luar norma, iaitu bekerja sama antara banyak pihak untuk menjayakan niat murni ini.

Pada permulaan, tidak terfikir pencapaian projek ini akan menjadi sebesar yang dikecapi. Masih ada yang sayang rupanya... Jutaan Terima Kasih dihulurkan kepada semua yang terlibat, secara langsung atau tidak, secara rela ataupun paksaan, secara ikhlas ataupun secara gurauan. Semua maklum balas dan tindakan dari anda membuatkan projek ini masih kekal berjalan.

Namun, realiti perlu dihadapi. Warkah kali ini terungkai pada hari ke 5 pencarian. Harapan pencarian semakin tipis dan pudar. Jangan risau, kekecewaan tidak akan timbul apabila pencarian kita gagal. Malah, kepuasan sebenarnya terukir melihat semua usaha yang dijalankan. Mungkin ini hanyalah cerita novela pendek kita untuk minggu ini.

Jangan khuatir, sesungguhnya bila takdir bertemu usaha... suatu hari nanti pasti akan terjawab persoalan yang terbuku di hati.

1 comment:

  1. macam pernah nampaklah muka nie... area lembah klang.. tak jauh mana pon ..

    ReplyDelete