Sunday, July 18, 2010

Tiga Jam Terakhir

Tinggal beberapa jam sahaja lagi sebelum tirai hikayat ini berlabuh, dan ketika ini, masih belum sebarang pembayang dapat dicari. Semua pencarian telah kian pudar dan malap, dan sukarelawan masing masing sudah mula mengundurkan diri.

Pencarian selama seminggu ini terlalu banyak suka dan dukanya. Bermula dengan satu komen yang ringkas di gambar di Facebook, pencarian di laman sosial itu telah menular sehingga ke satu Malaysia. Semua saudara mara, sahabat handai, rakan rakan, malah insan insan yang percaya tentang perjuangan ini bertungkus lumus mencari dan menanyakan perihal si dia. Terdapat satu gambar di Facebook di mana komennya telah mencecah 278 komen! Satu pencapaian yang terhebat pernah disaksikan untuk satu gambar. Pencarian dilakukan dengan lebih mantap dengan perletakan gambar si dia di gambar profil semua sukarelawan. Aktiviti ini dilakukan pada dua hari terakhir pencarian. Si dia jangan khuatir, keran genap tengah malam ini, gambar profil itu akan kembali normal seperti biasa.

Adakah ini kerja gila? Tidak sama sekali. Pencarian ini telah mendatangkan pelbagai impak positif kepada mereka yang terlibat. Di sini, kami dapat saksikan bagaimana jaringan sosial dapat dijadikan satu medium pencarian yang mempunyai kekuatannya tersendiri. Percayakah anda, sukarelawan pencarian ini telah menjangkaui kepada 3rd tier of networks? Hebat! Namun, ini semua masih belum berjaya untuk mencari si dia. Kenapa masih tidak menemui beliau? Hanya Tuhan sahaja yang tahu.

Apakah yang akan berlaku selepas hari ke-7? Kehidupan normal bagi semua pihak. Pencarian tidak lagi akan diteruskan pada skala yang besar. Tiada lagi gambar profil seragam di Facebook. Tiada lagi status berkenaan 7HMC. Hanya jejak jejak pencarian akan ditinggalkan, untuk kemudahan si dia mencari semula apa yang telah diusahakan.

Kepada semua yang sukarelawan, terima kasih di atas pencarian dan segala usaha yang dijalankan. Tidak ternilai usaha murni anda dalam perjuangan ini. Kepada mereka yang mempercayai kepada pencarian ini, terus berpegang kepada kepercayaan itu. Sesungguhnya di dalam setiap yang dilakukan, usaha merupakan faktor utama untuk mencapai kejayaan. Andai gagal, tidak bermakna itu adalah penamatnya. Setiap perkara yang dilakukan, pasti ada khasiat di sebaliknya, secara langsung atau tidak.

Semoga Tujuh Hari Mencari Cinta ini membawa satu impak positif kepada semua yang terlibat.

Tinggal tiga jam sahaja lagi!

15 comments:

  1. bro, i like ur style, but u need to promote to others..letak kt forum2...kt blog2 org..kt fb org2...group2 yg ramai org...luaskan scope pencarian ko........hahaha...

    ReplyDelete
  2. yeah...me too..really love ur style..

    well..good luck bro...

    -teja-

    ReplyDelete
  3. kenapa hari tu tak approach aje? Sebab ada mamat pakai baju Melayu hijau tu ke? Kan boleh kirim hp no kat pekerja restoran? Takpe bro.. nanti saya tolong usha2 kan kalau pergi restoran itu..

    Anon
    Subang Jaya

    ReplyDelete
  4. So Sweet....tak pe tak pe. Mari cari lagi. mana tahu kalau ada jodoh.Pernah tengok Filem "Andai Ia Tahu" tak? Serius sweet. Kami doakan terjumpa hendaknya satu hari nanti...

    ReplyDelete
  5. pilotHans: thank you for liking the effort. heh, it is something i did dengan penuh keikhlasan. pencarian dah tak perlu dibuat dah, as she needs her privacy as well. thank you for idea though. shall i ever decide to do it again, i'll keep ur suggestions in mind :) cheers!

    Anon1: thank you Teja... :)

    Anon2: Tak manis nak approach orang when she was having a conversation with someone else (especially a male friend). then again, kami waktu tu tak pasti whether the guy is her bf or hubby or ape ape, so tak best. the search for her ni pun, we did it with care and respect. we do not know whether she's attached to anybody or not. chances are, maybe... so by not being overboard with the search, we respected her privacy. :)

    ReplyDelete
  6. Che Kay: Thank you Che Kay.. I would look for the movie tu.. :)

    ReplyDelete
  7. well, tak semestinya 7 hari bro, not everything in this life perfect as u can number them..

    actually, no problem in approaching girl with guys, you just need to be polite with that guy as well,

    in turn, if u polite with her friend (hopefullylaaaa), it makes u more attractive!

    good luck, and we are on the same journey, and I never give up!!

    ReplyDelete
  8. Jamaloogy: noted sir.. the world would never be as how we expect it to be.

    i wish u the best in your quest, we might take a different path, but our journey remains the same. Gambatei..!

    ReplyDelete
  9. ade stail la bro.

    mungkin boleh diteruskan lagi jalan cite ni.
    kembangkan idea. mane tahu bole jadi
    Novel Blog yg paling laris kt Malaysia ni.
    all the best.

    ReplyDelete
  10. salam saudara.

    i dont knw about ur blog until 1 of my fren put it in fb..i like ur writing...somehow it looks really ikhlas n kesungguhan...sungguh x sabar untuk ketemu gadis ini..harap dapat jumpa.. sy plak yg beria,maybe terimbau kenangan seorg jejaka yg menunggu sy di tangga setiap hari hanya untuk say hi...

    all the best saudara..

    jujur,
    a.mardhiyah

    ReplyDelete
  11. Meen Eunos: Tq for your comments. i would love to write more, but in the end.. everything i wrote is based on my personal feeling towards the situation. at this point of time, ideas to write on it is running dry. maybe because i have not deecided on what actions i should take next. what say you?

    Anon3: it is indeed flattering with the words you typed for me. antara ikhlas dan kesungguhan, hanya Tuhan sahaja yang dapat menilainya. Andai dapat bertemu dengan gadis ini, memang perasaan gembira dan syukur akan terbit. :)

    tapi, jangan terbang tinggi tinggi, kelak jatuh luka sendiri. so, saya hanya menunggu tanpa segunung harapan. if she decided to meet, it must indeed because of ikhlas, and nothing else.

    ps: tangga itu pasti menyimpan seribu senyuman awak kan? :P

    ReplyDelete
  12. This is definitely the sweetest effort! Best of luck in finding her. Trust me, you'll find her somewhere, someday. Don't give up ;)

    ReplyDelete
  13. AskAmad..

    ur comment makes me smile...erm..such a sweet moment to think about..but tue cite lama da berhabuk..

    ya ikhlas itu penting kerana dari situ dtg niat..dan kerana ikhlas kita akan redha dgn sgala ketentuan...bila ikhlas bertemu sungguh digabung jujur,insyaAllah hujungnya akan berakhir dgn satu ketentuan yg kite senangi dan terima dgn sepenuhnya kerana dr awal lg kite sudah ikhlas..ikhlas juga bermaksd kite pasrah dan redha dgn sgalanya.

    moga si gadis dpt merasa keihkhlasan dan dtg dgn rasa niat yg sama agar akhirnya xbisa menyakiti sesiapa.amin..

    a.mardhiyah

    ReplyDelete
  14. jamaloogy : ehem........hehehe....

    ReplyDelete
  15. 7hari tak cukup la utk mencari org...
    andai dye ditakdirkan utk awk...
    mesti dpt jumpe suatu hari nnty...
    gud luck ;)

    ReplyDelete