Penantian kini sudah tiba ke kemuncak. Segala pencarian telah dijalankan dengan begitu pesat. Subuh dijenguk dengan penuh tawwaduk. Ketika ini, matahari kelihatan bersinar dengan penuh keriangan. Burung burung terbang tinggi berkicauan. Entah mengapa, pagi ini dapat dirasai kenikmatan hidup dan keindahan untuk bergembira.
Sebelum melangkah jauh, segala kesilapan telah berjaya ditinggalkan. Segala kesalahan lama telah dipohon kemaafan. Semua dendam telah berjaya diampunkan. Semoga kegembiraan berkekalan ke akhir abadi.
Apakah yang diharap untuk hari ke tujuh? Tidak dinafikan sebuah pertemuan yang ikhlas amat diharapkan, namun sekiranya suratan menentukan yang sebalik, maka redhalah dengan ketentuan Illahi. Tiada apa yang lebih manis dari keredhaan dan restu dari yang maha Esa.

“Jika Allah sudah berkata ‘Kun Fayakun’, jadilah,
Maka terjadilah ia.
Maha Suci Allah, yang ditangan-Nya Segala Kekuasaan,
Kepada-Nyalah semua urusan dikembalikan ”
[ Surah yassin 82:83 ]

No comments:
Post a Comment