Thursday, July 15, 2010

Malam Jumaat


Sudah masuk hari ke -4 pencarian dilakukan. Maaf, blog ini hanya mampu terbit pada hari ini, gara gara kekangan kerja dan waktu.

Pencarian masih menemui jalan buntu. Perbezaan pencarian hari ini dengan hari hari sebelumnya, hari ini telah terdapat dua calon yang mungkin si dia. Namun, setelah kaji selidik dijalankan, kedua dua suspek bukanlah si dia di dalam gambar.

Perasaan kecewa sudah mula timbul. Adakala, terasa seperti pencarian ini sia sia belaka. Bukan kecewa keran tidak dipertemukan dengan si dia, tapi kecewa kerana pencarian tidak mengarahkan tanda tanda yang positif.

Barangkali, apabila bertemu, pasti tiada perkataan yang mampu diucapkan. Malu? Sudah tentu... Malu dengan tindakan pencarian? Tidak sama sekali, malah pasti akan dipertontonkan kepada si dia hasil usaha semua pihak dalam perihal pencarian si dia. Sudah pasti si dia akan merasa betapa gilanya perbuatan ini. Mati aku untuk cuba menerangkan segala perbuatan kita selama 7 hari pencarian.

No worries, we will still look for her, till we have no leads to it. The objective of our search is to make the impossible becomes a reality.

Kepada si dia, kami akan teruskan usaha pencarian! Lapang lapangkanlah masa anda meminum milo ais kegemaran itu di sekitar Lembah Kelang. Malam ini.. pencarian akan dijalankan di Shah Alam..

3 comments:

  1. wahhh misi pencarian secara berjemaah...
    would u mind if i share this at my blog?
    please reply me at my shoutbox in my blog
    http://www.cikgudahlia.com
    maybe she or her friends are my readers. Who knows right :)

    ReplyDelete
  2. awek ni chantek gile... =]

    p/s : klo ade jodoh x kemane ye... nway... gud luck for ur finding mission......

    ReplyDelete