an·tag·o·nist
noun
is opposed to, or competes with another; adversary.
Di setiap cerita rakyat, cerita dongeng, cerita rekaan, cerita cinta, pasti akan wujud satu watak antagonist untuk mengeruhkan lagi keadaan. Tidak kurang juga dalam hikayat ini...
Mungkin memang wujud watak "Azman" di dalam ruang ini. Jejaka kacak berbaju melayu pada malam itu memang barangkali adalah kekasih hatinya. Namun entah mengapa, gerak gaya dan tutur bahasanya tidak mencerminkan sebegitu. Tiada pertuturan manja dapat dikesan, mahu pun gurau senda yang mesra berlaku. Di jari nya tidak terletak sebentuk cincin tanda perikatan cinta. Setiap kali sang arjuna berkata kata, seperti tidak didengari dengan penuh minat. Namun, ini semua adalah melalui pemerhatianku. Andai tersalah menilai, maka ceteklah pengalaman aku dalam membaca tutur pergerakan seseorang manusia.
Aku juga mempunyai antagonist aku sendiri. Satu insan yang mengetahui semua kekurangan dan kelemahanku. Kehadirannya di saat ni pasti akan mengucar kacirkan pencarian. Aku harus kuat untuk menangkis segala godaan dan dugaan yang mampu beliau berikan. Sedikit sebanyak, pencarian ini membuatkan aku makin kuat untuk menangkis antagonist itu. Pencarian ini cukup kuat untuk aku meneruskan perjalanan hidup tanpa gangguannya.
Terima kasih si dia!
Semoga pencarian dan pertemuan ini dapat membawa satu nur yang indah untuk setiap mereka yang terlibat

mungkin 'azman' tuh jual insurans. heheh.
ReplyDelete