Terjaga ku dari kegelapan malam yang usang
Tak putus putus kunjungan kelam dan sepi menjenguk
Ibarat menjerit ingin melahap sanubariku yang kian lama kian lohong
Dan tunduk kelesuan menahan seksa kerinduan yang melanguk
Hati tidak mungkin berbicara tentang kelam
Hati juga tidak mungkin berkata kata tentang kalam cinta
Namun jauh di dalam lubuk itu inginkan semula tenteram
Yang suatu ketika dahulu wujud tanpa perlu untuk dipinta
Apa mungkin ketentuan Illahi melihatku terus bergerimis
Di dalam hati yang semakin hari semakin terguris
Perasaan riang semakin lama semakin terhiris
Oleh perihal sejarah lama yang buruk terlukis
Datanglah
Dengan langkah lembut gemalai penuh keayuan
Dengan senyuman ternukil penuh keihklasan
Dengan tutur bicara penuh keyakinan
Dengan tawa riang penuh kegembiraan
Dengan hati yang suci tanpa sebarang keraguan
Dan pulanglah
Dengan rasa gembira tentang pertemuan
Dengan rasa puas tentang perkenalan
Dengan rasa syukur tentang ketentuan
Dengan rasa rindu ketika perpisahan
Sinar riang pasti terbit di ufuk timur
Tatkala gurindam sedih kian berlabuh di horizon barat
Kerana cahaya kegembiraan telah muncul
Dibawa bersama ketika si dia datang menjenguk

salam....awk knp sweet sgt cre awk nak cari insan ni??kalo bnr la wanita tu akan awk temui8..psti die akan bnr2 menghargai pencarian awk..pcy laa....
ReplyDelete