Tuesday, October 26, 2010

Bukan Mudah Mencari Cinta

Bukan mudah untuk mencari cinta... Bukan mudah juga untuk mencapai cinta yang hakiki. Yang pastinya, cinta itu tidak boleh dipaksa datanag mahupun pergi.

Tergerak hati ini untuk membuka warkah berhabuk ini. Catatan lama yang dicoret, ternyata datang dari perasaan yang marah dan kecewa. Penulisan seringkali tidak akan menjadi jitu bila jiwa didalangi anasir anasir yang tidak positif.

Apakah yang ingin ku sampaikan kali ini? aku tidak pasti. Jari jemari ini tidak boleh tidur seperti organ organ lain pada malam yang hening ini. Apabila insan lain sedang asyik beradu di kamar tidur, aku masih lagi tidak boleh melelapkan mata.

Ketika laman Google ku layari, aku memetik perkataan tujuh hari mencari cinta di sudut pencarian. Dapat ku lihat sebenarnya bahawa ramai yang benar benar mencari si dia untuk aku. Aku tahu suatu ketika ramai yang datang untuk membantu, namun pada malam ini hatiku terdetik. Apakah kita yang mencari si dia ini sebenarnya insan insan buta yang dahagakan cinta? Atau adakah kita tergolong daripada khalifah di bumi ini yang masih mempercayai satu cinta ikhlas dan konservatif?

Lalu aku tersenyum. Sesungguhnya aku merupakan seorang hamba Allah yang tidak mampu untuk hidup kesunyian. Aku juga adalah insan lemah yang mempercayai cinta akan melahirkan kesan positif kepada individu yang bercinta keranaNya. Di dalam pencarian ini, aku dapat lihat bahawa masih ramai yang seantero denganku. kita masih mempercayai dengan kuasa CINTA.

Pada malam tadi aku terasa amat kosong di dalam hidup. Ketika menunggu sahabat sejati ku berurusan di bank, aku duduk di tepian longkang sambil memerhatikan kesibukan jalan besar berhampiran. terdetik di lubuk pemikiranku;

"Bila kita sibuk mengejar kualiti hidup yang diinginkan, kita tidak sedar bahawa diri ini semakin tersisih dari Cinta. Tidak ada gunanya kita memiliki apa yang terbaik di dunia ini, bila hati dan jiwa kita tidak dikongsikan bersama satu insan yang dipanggil Sayang"
Sesungguhnya bagi mereka yang terlalu sibuk mengejar kualiti hidup yang sempurna, ambillah satu langkah ke belakang. Sedarlah bahawa sudah tiba masanya untuk kita berkongsi apa yang dimiliki bersama insan yang dikasihi.

Namun di dalam mendapatkan cinta abadi, janganlah kita gopoh dan teruja pada peringkat awal. Bertindaklah mengikut naluri yang tenang, jangan biarkan nafsu dan perasaan menguasai gerak langkah seterusnya.Andai hati tidak pasti, Istikarah kepadaNya, keran aku pasti jawapan dari yang Esa adalah yang terbaik untuk semua... Insyallah. 

Ingatlah pesanku kepada kamu;

"Satu hari yang ditunggu masih belum tiba,
Satu hari yang berlalu pasti tidak akan kembali,
Namu,
Satu hari yang indah pasti akan hadir andai kita sabar menantikan kedatangannya denga ikhlas dan tawaduk"

9 comments:

  1. kau tahu, aku juga begitu.
    membelenggu jiwa. kosong. kerana satu sumpah, aku jd begini.

    aku mahu aku yg dulu.
    yg tidak punya rasa apa-apa.

    ReplyDelete
  2. Kalau aku menjadi kau, aku tak ingin menjadi yang dulu, yang tak punya rasa apa apa

    Kau yang dulu tak mampu untuk merasa perit,
    Merasa derita kekecewaan, merasa sedih,
    Merasa pilu,merasa gundah.

    Namun kau yang dulu juga tidak mungkin merasa gembira,
    Merasa teruja,merasa rindu,merasa ceria,
    Merasa sayang, merasa Cinta..

    Dekatkan diri dengan Illahi, dengan sahabat yang ikhlas, insyallah everythin would alright :)

    ReplyDelete
  3. mudah2an awk jumpa cinta sejati, insyaAllah =)

    ReplyDelete
  4. amad =)
    tak jumpa dia, mungkin sbb kau bakal ketemu /jumpa jodohmu .. kan?

    mana tau jodohmu dekat saja ..;)

    ReplyDelete
  5. kalau aku..aku mahu aku yang dulu...kerana aku rasa seperti tidak tertanggung begini..

    manusia itu kejam.

    ReplyDelete
  6. Kita mampu mengubah diri sendiri menjadi yg lebih baik. Tak kira yang dulu atau yang kini,kegembiraan kita hanya diri sendiri yang mampu mencorakkannya

    ReplyDelete
  7. selamat mencari cinta,pegang cinta hakiki pasti DIA akan membantu,jika betul dia jodoh kita,lari mana,ia akan kembali juga =)

    ReplyDelete
  8. 'bukan mudah mencari cinta..' itu juga yg saya rase.. i believe that someone somewhere is made for each and everyone of us.. maybe we should stop searching.. let it come. :)

    ReplyDelete
  9. kita hnya mampu merancang dan berdoa.. yang pasti apa yg ALLAH takdirkan wat hambanya adalah yang terbaikkk...

    ReplyDelete