Tidak ada percakapan atau persembangan yang jitu telah ku lakukan sejak pagi tadi. Perjalanan seorang diri ini terlalu sepi untuk diriku. Tiada gelak tawa rakan rakan yang menemani,atau sahabat bertanyakan perihal ku.
Telah ku bingkiskan perjalanan ku kepada seseorang,namun tidak mendapat jawapan balik. Mungkin aku hanya bermimpi,kerana dia mungkin tidak ingin tahu pun tentang perihal ku ini.
Ketika jam menunjukkan tanggal 9pm, aku sudah tidak berkata kata selama lebih 8jam. Dengan siapakah aku hendak bercakap. Ini lah yang membuatkan hati ini menjadi semakin keras dan berdalih untuk mencari si dia.
Barangkali lebih baik pulang ke kamar, dan mimpikan kenangan lama yang indah. Sekurang kurangnya akan terukir juga senyuman,walaupun ianya bukan realiti.
Aku semakin kehilangan diriku sendiri
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
mmmm
ReplyDeletesalam,
ReplyDeletepertama sekali,cara penulisan kau memang best
bila baca seolah2 aku tgh baca novel...
kadang2 terfikir, betul ke still ada manusia mcm ni?
yg sanggup menunggu dan terus mencari cintanya??
tpi tiada yang mustahil bukan?
harapanku semoga kau akan menemui apa yang kau impikan..
jangan lupa disertakan dengan doa dan usaha yang berterusan...
Allah pasti akan tolong hambaNya yang sentiasa terus berusaha dan sentiasa meminta pertolongan dariNya
dan kalau benar si dia itu adalah jodohmu, satu hari nanti kalian pasti akan bersatu
all da best!
-teja suraya-
Teja,
ReplyDeleteni semua nukilan yang aku rasa di dalam hati ini. kadang kadang memang aku rasakan yang hidup kita ini merupakan sebuah pementasan, dan penonton setianya adalah yang Esa dan kita sendiri. jadi andai kita mahukan cerita hidup ini dengan penuh aksi, lakonkan hidup sendiri dengan gaya yang kita sukakan.. :)
:) hidup ini memang ibarat satu pementasan drama.itu tak dapat dinafikan lagi.kitalah pelakon, pengarah, penerbit dan segala-galanya.
ReplyDeletetapi, drama ini adalah realiti.realiti yang kita kena hadapi walau apa pun babaknya.. :)
-teja suraya-
HIDUP NI MACAM MEMINUM AIR, TELAN SAHAJA RENCAH DAN KEPAYAHAN NYA. PASTI AKAN MENDAPAT KEBAHAGIAN SUATU HARI NANTI
ReplyDelete"Ketika jam menunjukkan tanggal 9pm, aku sudah tidak berkata kata selama lebih 8jam. Dengan siapakah aku hendak bercakap..."
ReplyDeletehi awak. i like ur statement above. honest but funny.. atleast u bermonologue n brckp dgn hati.
seronok..
ReplyDeleteaku masih lagi boleh bertemu dgn lelaki yg setia kpd cintanya walaupun belum memiliki lg cinta itu.
dan itu sudah memotivasikan diriku bhw di luar sana ada lagi setia. :)
semoga kesetiaan awk berbalas dgn sesuatu yg manis :)
Akin,
ReplyDeleteMasih ramai lagi yang menjadi arjuna yang menagih sebuah cinta yang tulus dan murni. Namun, jangan bukan arjuna sahaja yang perlu setia dalam rencah ini, sesungguhnya dewi juga haruslah memainkan peranan. Aku pernah mengenali dewi yang berlaku curang. Aku tahu betapa peritnya melalui tika itu
salam.
ReplyDeletewow aku terkedu sekejap sebab aku igt cerita cinta begini selalu terjadi dlm novel2 cinta.
insyaallah,kalau disertakan doa dan usaha, kaw akan ditakdirkan utk jumpa dgn si dia. cuma jangan lupakan tempat pertama gambar ni diambil keyh!
all da best!! =)
salam..
ReplyDelete30 tahun mencari cinta :P
gaya penulisan yang sangat..ermm..oke,speechless.
ReplyDeletebtw,saya jatuh SUKA dengan penulisan kamu.teruskan menulis.
-jane doe-
salam ...
ReplyDeletetak sangka saya ada juga jumpa owg lelaki seperti awak (first time actually!). cinta ne.. datangnya tak diundang, pergiya tak dihalang . tak salah nak mencari. cinta tu akan hadir di saat2 kita perlukan. terpulang pada kita nak nilai cinta itu hadir dari siapa . sy doakan awk akan jumpa jugak someday nnt .. keep it up!
eh.. awak lelaki???
ReplyDeletebukab pompuan ker?
gambar gadis ber'teh ais di atas tu sape? bukan awak?
to its me: hehhehe penulis blog nie lelaki... n gadis tue minum milo ais rasanya....:)
ReplyDeleteperghhh..kalau jadi kat aku ni memang gagap kowt.tapi tak jadi kan.hahaha..
ReplyDeleteharap cahaya sinaran bahagia muncul tak lame lagi.
all the best ahmad!:)
salam...
ReplyDeletepertama kali eka bukak n baca blog nie,,ia dah menarik perhatian eka utk bace entry2 yg seterusnya..u're a very gud writer..
dalam hidup nie,,kita tak boleh terlalu mengharap pada sesuatu..kita kena redha dgn qada' dan qadar ALLAH..yeah,,sape tak nak ad org yg menyayangi kita,manjakan kiita n so on..tapi,,maybe die bkn jodoh u..maybe afta dis u akan dapat gal yg lebih better dr die,,who knows..btw,,bykkn solat n berdoa..tawakal..:)
i'll pray all the best 4 u..:)