Dua hari aku mengambil masa untuk menulis semula warkah ini. Dua hari juga aku mengambil masa untuk menilai semula segala pergerakan dan perlakuan yang telah digerakkan. Dua hari juga aku mencari kesimpulan tentang langkah langkah seterusnya.
Ketika detik 12am pada hari terakhir, semua gambar profil di Facebook telah mula diturunkan. Kelibat si dia tidak kelihatan di tempat minum detik pertemuan. Barangkali si dia tidak mengetahui akan pencarian yang telah dijalankan. Ataupun mungkin si dia bukanlah gadis tempatan seperti yang disyaki. Akaun Facebook dan telefon aku mula dihujani dengan mesej dan pesanan ringkas bertanyakan keadaan terkini. Ya, aku akur... pencarian ini tidak langsung membuahkan hasil. Malah, gelak tawa dan senyum sinis sudah mula dapat dirasakan dari rakan rakan sekeliling. Perlukah aku marah dan kecewa dengan mereka? Tentu tidak sama sekali. Merekalah yang selama ini menyokong segala tindakan unik dan gila ini. Aku melihatnya hanya dengan penuh kesyukuran. Selama ini aku ikhlas berkawan dengan mereka, jadi aku tahu sokongan mereka adalah ikhlas. Dan senyum sinis itu juga datang tulus dari hati mereka. Tidak ada yang tersirat, hanya kepuasan mentertawakan rakan mereka yang gila ini dengan penuh keikhlasan. Sesungguhnya tidak ada yang lebih bernilai dari kehadiran rakan rakan di sekeliling memberi satu persahabatan yang tulus dan tidak terselindung.
Setibanya aku di kamar tidur, satu persoalan timbul. Apakah yang aku harapkan dari si dia? Adakah aku inginkan beliau datang bergolek terus kepadaku? Adakah cinta yang aku tagihkan? Semua ini mula berputar di kepalaku. Semua ini mula menghasut sanubariku untuk terus beremosi. Ya ampun, sesungguhnya semua yang telah ku nyatakan di atas tidak pernah terlintas di pemikiranku! Semua itu adalah bisikan telinga syaitan yang ingin aku terus murung dan gila oleh pencarian ini.
Dengan itu.. aku memohon keampunan dariNya.. Ingin ku nyatakan di sini harapan aku tentang pertemuan yang dicari..
Apakah harapanku kepadamu?
Adakah satu cinta yang aku tagihkan darimu? Sesungguhnya cinta kepada Illahi lebih penting dari segala cinta yang hadir. Keredhaan dipohon dariNya untuk sebuah pertemuan yang dirahmati. Apa guna pertemuan, bila restu tidak diperkenankan. Maka jika kau tanyakan apa yang aku tagih, maka berkat adalah jawapannya. Tidak lagi ku inginkan sebuah pertemuan yang dimurkai dan diselubungi dengan dosa.
Maka bertemulah kita bila kau sedia untuk ketemu. Datanglah dengan ikhlas kerana keikhlasan itu dapat mewujudkan redha. Bukalah hatimu untuk pertemuan yang diberkati, nescaya pertemuan itu bakal membawa ke jalan yang bercahaya.
Maka datanglah.. dengan rasa ikhlas dan tulus.